Feature Ad (728)

Tuesday, May 21, 2013

Bagaimana Mendapatkan Kelulusan Akaun Adsense (Full)?

5:23 PM

Ramai orang cuba untuk mendapatkan kelulusan akaun Adsense (Full) tetapi sering gagal kerana tidak diluluskan Google. Kemudian mereka mencuba lagi dan lagi dan lagi dan lagi tanpa sebarang hasil, dan akhirnya berputus asa.

Ini disebabkan mereka tidak menggunakan teknik yang betul. Perkara yang paling penting adalah untuk mempunyai kandungan (content) yang hendak diterbitkan. Adsense semata-mata tidak akan dapat menjana sebarang pendapatan tanpa kandungan yang bagus.

Berikut saya senaraikan beberapa langkah penting untuk mendapatkan kelulusan akaun Adsense (Full). Senarai ini saya buat sendiri berdasarkan pengalaman saya selama beberapa tahun berkecimpung dalam bidang Adsense.

1) Dapatkan Domain TLD dan Web Hosting
Tujuan akaun Adsense Full adalah supaya boleh monetize melalui website dengan domain sendiri (bukan hanya terikat dengan blogspot atau youtube). Jadi anda perlu mengadakan domain TLD (contoh: .com, .net, .my dll) serta web hosting yang bersesuaian.

2) Gunakan Template/Theme yang Sesuai 
Salah satu syarat permohonan Adsense adalah website/blog anda senang untuk dilayari pelawat. Oleh itu, susunatur (layout) terutamanya menu navigasi (navigation menu) perlu lah teratur dan tidak mengelirukan. Kebiasaanya template/theme didatangkan bersama navigasi yang baik.

3) Masukkan Kandungan Teks Dalam Bahasa Inggeris 
Adsense menggunakan crawler untuk menentukan isi kandungan website/blog anda untuk membolehkan algorythmnya menyiarkan iklan-iklan yang sesuai. Untuk itu, Google memerlukan kandungan teks (text content) yang cukup untuk membolehkannya mengetahui tema/niche website/blog anda itu.

Sekiranya anda bercadang untuk memasukkan kandungan dalam Bahasa Melayu, anda patut menimbangkannya semula kerana Bahasa Melayu bukanlah bahasa yang disokong oleh Adsense buat masa ini.

Saya cadangkan anda untuk mendapatkan artikel-artikel dalam bahasa Inggeris, sekurang-kurangnya 20 artikel.

4) Buat Page Yang Perlu Ada 
Google menetapkan setiap website memiliki sekurang-kurangnya halaman Privacy Policy.
Jangan bimbang, kerana anda boleh mendapatkannya di sini: Privacy Policy Generator

Adalah lebih baik sekiranya anda turut menyediakan halaman Mengenai (About) dan Berhubung (Contact Us) untuk meningkatkan kebarangkalian permohonan anda diterima.

5) Dapatkan Trafik Organik
Trafik organik bermaksud pelawat yang datang ke website/blog anda melalui carian di Google.
Untuk itu, anda perlu menguatkan SEO (Search Engine Optimization) pada website/blog anda supaya disenaraikan oleh Google.


Sekiranya anda telah mengikuti segala langkah di atas, anda bolehlah mula untuk memohon kelulusan Adsense (Full). Proses permohonan ini terdiri dari 2 peringkat di mana website/blog anda akan dinilai sama ada memenuhi kriteria yang telah ditetapkan Google.

Selamat mencuba & Selamat berjaya!

1 comments:

  1. saya tersalah letak website masa buat akaun adsense ..sbb website yg didaftarkan ke adsense adalah website yg saya telah tutup...macam mana nak tukar website?

    ReplyDelete